Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Jumaat lalu, wartawan Free Malaysia Today telah menghubugi aku untuk mendapatkan komen mengenai PPSMI.

Wartawan yang menghubungi aku adalah kawan aku sendiri, Muda Mohd Noor.

Seperti biasa, sejak aku Pengerusi GPMS Selangor lagi, dan kini Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Negeri Selangor, aku akan cuba membantu sahabat-sahabat aku dari media yang ingin mendapatkan apa sahaja komen, yang bersesuaian dengan jawatan yang aku sandang…

Walaupun aku sedar, Free Malaysia Today merupakan satu portal yang berkiblatkan pembangkang sebagaimana MK dan MI, aku tetap hormat profesion mereka sebagai wartawan …

Namun apa yang aku kesalkan adalah kenyataan dan pandangan panjang lebar yang aku berikan, telah diambil suku, ataupun sekadar 10% sahaja, yang menampakkan ketidak kecekapan aku sebagai SU kepada NGO yang berteraskan pendidikan dan anak bangsa ….

Kenapa kenyataan ini sahaja yang diambil ….. “PPSMI sesuai di kalangan pelajar bandar sahaja. Katanya, sebaliknya pelajar Melayu di luar bandar terus ketinggalan dalam menguasai bahasa Inggeris.

“Adakah guru di sekolah luar bandar itu mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik seperti di kawasan bandar?” katanya.  (FMT) ………..

Sedangkan banyak lagi yang aku perkatakan, banyak yang aku bagi cadangan … Antaranya:

  1. Banyakkan kelas pembelajaran bahasa Inggeris
  2. Lengkapkan guru-guru dengan penguasaan BI – kerana sebelum ini ada juga guru-guru yang mengeluh, belum bersedia
  3. Memang BI ini amat penting khususnya buat pelajar Melayu, tapi jangan gadaikan masa depan anak bangsa dengan dasar-dasar yang sentiasa berubah, yang akhirnya menjadi mangsa adalah para pelajar sendiri.
  4. Apa yang aku katakan, aku takut PPSMI yang ada hanya akan menguntungkan para pelajar dalam Bandar, takut adik-adik kita di luar Bandar akan ketinggalan (bukan aku katakan pelajar luar bandar tak pandai, tetapi persediaan guru-guru dalam mengajar matematik dan sains dalam BI- takut ada yang belum bersedia)

Tapi inilah realiti yang harus kita hadapi apabila berhadapan dengan kumpulan wartawan dan portal berita yang berkiblatkan pembangkang ini, apa sahaja yang kita perkatakan, pasti akan diubah suai demi memguntungkan perjuangan puak-puak pakatan pembangkang ….

Okeylah, ini pengajaran yang aku perolehi, walaupun Muda merupakan seorang sahabat, tetapi cukuplah sampai di sini sahaja kerjasama kita wahai sahabat …..